Saturday, July 12, 2008

1st Day di Riyadh


pandangan sebelah kiri pandangan

pandangan pintu masuk apartment


parking area depan apartment


pandangan dekat taman sebelah apartment

Sesampai aje Riyadh, aku keluar tengok-tengok tak ada orang yang menunggu, so gabra jugaklah. Apa lagi terpaksa guna talihayat pertama, call isteri tercinta untuk minta tolong callkan opis di KL, tanya pasal siapa yang menunggu. Selesai aje call tiba-tiba ada orang mengenalkan diri bahawa dia dari syarikat yang aku kerja.

So jointlah dia dan dibawa ke apartment yang disewa company di Hayy Laban atau dia orang panggil wadi laban. Gambar apartment ni kat luar mcm ni lah. Masuk rumah, solat subuh dan tidur. Nak bersarapan tapi dah kenyang sebab dalam flight sat ni aku dah makan sandwich dia. Bolehlah tahan.

Hari pertama diberi untuk berehat dulu sebab dia nak suruh buat time adjustment dulu, kan karang tidur jugak nanti kat opis. Hemm dah orang bagi tidur so apa lagi tidurlah.......zzzzzzzzzzzzzzzzz

Sebelah petang baru start berjumpa staf2 kat sini....hem alhamdulillah semua ok.

Cerita terbaru dari Saudi Arabia

NI gambar halaman dan sebuah kereta staff

Ni depan staff apartment tempat aku duduk

ni apartment tempat tumpang berteduh

ni bas yang mengangkut kami pergi dan balik kerja

Alhamdulillah perjalanan dari KL ke Riyadh adalah selamat dan senang walaupun bertolak seorang diri. Travelling dari KL transit sekejap di Abu Dhabi selama 2 jam 40 minit, kiranya rasa macam lama jugak lah tu. Di sana dapatlah dikatakan tempat yang lebih menarik jika dibandingkan dengan Sana' International Airport, maklumlah negara ini adalah negara yang kaya.

Tak semena-mena semasa saya nak duduk menunggu giliran bagi boarding untuk flight seterusnya, saya ditegur dalam loghat kelantan oleh beberapa pemuda yang datangnya dari Thailand dan juga menuju ke Riyadh. Setelah berbual beberapa ketika dapatlah saya merumuskan beberapa perkara:-

(a) Mamat-mamat thailand ini pergi ziarah ke Saudi di atas jemputan keluarga mereka di sana. Dia orang semua ni adalah berketurunan Yaman (geng-geng keluarga Jaafar Rawas, peniaga kitab2 dan pakaian Arab di Kota Bharu) yang mana ayah dan atuk dia orang ni telah berhijrah ke Malaysia beberapa puluhan tahun dahulu.

Dengan mengimbau sedikit makna hijrah dan try di comparekan dengan apa yang berlaku kepada keturunan yamani ini, nampaknya penghijrahan ruuhi (spritually) dan jasadi (phisycally) memberi kesan yang agak besar kepada seseorang. Asal keturunan yamani adalah susah dan penghijrahan yang dbuat oleh mereka dengan semangat untuk berubah telah memantapkan mereka ini dari sudut kedudukan ekonomi, pengembangan keturunan dan kepelbagaian kepakaran ilmu.


(b) Dia orang ini, akan berada di Saudi untuk menunaikan umrah dan ziarah di samping berkunjung sanak saudara mereka di sana.

Ok, dalam pukul 2.45 am waktu UAE, perjalanan diteruskan dengan menaiki flight Etihad, masa ni, saya dah rasa memang mengantuk betul dah, so apa lagi duduk aje kat atas kerusi terus lena. Hemmmmm, tiba-tiba terasa badan ada ditepuk oleh seseorang, yups mamat Pakistan lak. Saya kena bangun bagi memberi laluan kepada mamat ni untuk masuk, hehehehehe gaya mamat ni duduk atas kerusi berbagai bentuk, yang sedapnya dia tanya saya beberapa soalan yang sememangnya sukar aku paham sebab dia guna bahasa dia, sebagai balasan saya jawablah dalam bahasa ibunda.

Yang lagi best, bila touch down aje dan flight dah slow down, mamat pakistan sebelah ni suruh bangun keluar sebab dia nak keluar, saya kata tunggulah dan sabarlah, hemmm 'ala kulli haal saya bagi laluan dan dia terus keluar...hemmmm yang best dia pun tak dapat keluar jugak sebab pintu flight tak bukak lagi....hehehehehe benda ni tak leh nak salahkan dia orang sebab memang dibesarkan dalam keadaan mcm tu, everything perlu didapatkan dengan susah. Alhamdulillah 'ala kullih ni'mah., sebab walaupun bukan dalam kategori terlampau senang tapi dibesarkan dalam kategori lebih senang daripada sahabat-sahabat pakistan ini. Allahumma arzukhum rizka' halalan toyyiba.

Sampai dekat Riyadh lewat lima minit daripada jangkaan, so kira agak tepat jugak waktunya.Alhamdulillah, ni 1st time aku jejak kaki kat sini..