Friday, June 20, 2008

membina keyakinan diri

Masa makan tengahari semalam bersama Tuan Hj Fendi, kami didatangi oleh salesman yang menjual kek. Dia kata kek2 dia ni sedap dan sesuai buat makan-makan petang sambil siapkan kerja kat opis. Nampak sample yang dia tunjuk tu memang sedap namun sebab dah nak makan tengahari jadi tak lah kami beli.

Apa yang aku nak cerita kat sini ialah sikap salesman tu, aku tengok dia ni amat produktif dengan explaination yang very sharp dan tak memakan masa yang lama dalam satu-satu explaination. Dia cuba sehabis baik untuk mendapatkan seberapa ramai yang boleh bagi memaklumkan berkenaan produknya, bukan marketing yang jenis memaksa orang membeli. Aku rasa keyakinan diri mamat ni dah berada di tahap maksimum, tidak ada malu dan takut dah.

Kesimpulan yang aku boleh buat berdasarkan pemerhatian aku dan Tuan Hj Fendi kat mamat ni ialah, seseorang yang baru nak start berniaga tu terutama geng-geng muda-muda yang baru nak bertapak dalam perniagaan ni, eloklah kalau korang mencuba jadi salesman untuk tempoh 3 hingga 6 bulan. Dalam tempoh ni aku rasa banyak practicals knowledge yang korang boleh grab di dunia realiti berbanding kursus-kursus keusahawanan yang berbentuk duduk dan lihat.

Bagi penganjur-penganjur kursus perniagaan pulak, aku rasa better korang integratekan program-program penjualan langsung kepada peserta-peserta kursus ni agar mereka tahu yang perniagaan ni bukanlah satu aktiviti semudah makan dan minum sungguhpun bunyi perkataan meniaga tu senang saja (jual dan beli). Jadi barulah bakal-bakal peniaga tu mempunyai daya ketahanan. Untuk makluman terlalu ramai peniaga-peniaga muda yang memilih kerjaya perniagaan sebab tidak dapat kerja dan ini akhirnya menjadikan bisness mereka tak tahan lama dan end up tutup kedai terutama setelah dapat better offer untuk kerja.

sekian

Wednesday, June 11, 2008

Perbezaan seorang Engineer dan Peniaga

Hari ini aku nak tulis berkenaan perbezaan di antara seorang engineer peniaga. Idea untuk tulis berkenaan ni datang masa aku makan tengahari tadi bersama-sama sekumpulan engineer bank.

Geng-geng engineer ni rasa pening kenapa dalam accounting ada konsep write off bagi jumlah jualan (yang dijual secara hutang 'on credit') untuk satu-satu tahun. Lagi pening, dia orang kata, bila portion yang diwrite off tu dikira sebagai income untuk tahun-tahun yang berikutnya. Bagi dia orang, bila tak dapat collect so tak dapat collectlah and simpanlah kat situ sehingga orang yang berhutang tu bayar. Sebab bagi dia orang duit yang masuk adalah income dan duit yang keluar adalah expenses. Walau bagaimanapun, di kalangan engineer ni ada terdapat seorang otai yang telah lama berkecimpung dalam sistem perniagaan ni, so dia cuba teranglah kepada engineer-engineer but akhirnya yang engineer ni kata terpaksalah aku swallow the principlenya walaupuan aku tak setuju dengan concept tu.

ok ulasan aku pulak, fresh engineer normally diajar dekat university berkenaan konsep fact dan kenyataan. Dia orang kata kalau 1 + 1 dia orang senang paham yang itu jawapannya adalah 2. Namun setelah dia orang ini lama bekerja dan mula bergaul dengan masyarakat accros the team (orang dari pelbagai bidang lain), normally dia orang akan mula paham konsep reasoning and understanding. Dia orang akan mula memasukkan beberapa perkara lain yang berkaitan dengan abstract, emosi dan pelbagai lagi perkara yang tidak dapat dibuktikan dengan perkara 1 + 1 adalah 2. Integrasi di antara konsep fact dan kenyataan serta reasoning and understanding ini biasanya akan menghasilkan satu hasil kerja yang boleh diterima pakai oleh masyarakat umum.

Manakala seorang peniaga pula adalah seorang yang melihat semua benda adalah mungkin. Bagi mereka tidak ada benda dalam dunia ni yang tak boleh dilakukan. Normally inilah sikap seorang peniaga yang mana akhirnya mereka berjaya, dalam merealisasikan mimpi-mimpi mereka menjadi kenyataan. 1 + 1 bagi seorang peniaga, tidak semestinya bersamaan 2. Jawapannya boleh menjadi beberapa sahaja bagi seorang peniaga tetapi ianya adalah berdasarkan hujah dan alasan yang kukuh.

Untuk itu, sekiranya seorang engineer ingin menjadi peniaga, beliau hendaklah berusaha untuk memahami pelbagai aspek lain seperti pemasaran, perakaunan, perundangan dan pengurusan. Ini adalah kerana konsep pareto 80 : 20 bagi perniagaan adalah terjadi, di mana 20% daripada aktiviti perniagaan adalah terletak kepada penghasilan produk (mutu, kualiti dan functionability) manakala 80% lagi terletak kepada pemasaran, pengurusan dan perakaunan.

sekian

Monday, June 09, 2008

Gambar-gambar kedai warung ibu

NI adalah gambar kedai warung ibu tu. Masa lebih 10 tahun lepas, kedai dia kat dalam lingkaran 4 tiang tu aje.....


Ni adalah kawasan-kawasan luar kedai dia......proses penambahan bermula selepas 5 tahun operasi


Tu gambar signage dia....aku tak tahu dia buat sendiri atau beli.....aku rasa dia buat sendiri...masa mula2 bukak kedai dulu signage dia hanya kat menu aje.....but dah ada dah tulisan2 yang atas kayu.....jadi bagi sesapa yang baru nak mulakan bisness jgnlah terlampau lebih kos yang perlu ditanggung bagi signage sebab benda tu tak directly generate sale....


NI adalah makanan kegemaran aku. Nampak biasa tapi seeeeeeeeeeedaaaaaaaaaaaaaaaaaaap...
Rega kalau tak silap alu RM3 sahaja...
Ni pulak air coconut shake ice cream keladi.........fuh sedap masya Allah..............rega dia yang ni RM3.50 sebab saiz gergasi....kalau size dwarf rega RM2.00 aje......

Sunday, June 08, 2008

kedai warung ibu

Hari ni sekali lagi aku dan isteri pergi makan kat kedai Warung Kurnia Ibu. Pada kebiasaannya, kami tak akan meninggalkan peluang untuk makan kat kedai ini. My wife kata, ini adalah salah satu benda best bila balik kelate......

by the way, kedai ni adalah tempat aku lepak bersama Md Noor Hussin masa sekolah SMUAPM dulu terutama bila lepas waktu sekolah. Menu utama yang kami order ialah Coconut shake Ice Cream Keladi dan Mee Celup Special.

Kat sini apa yang aku nak highlight adalah sejarah kedai ni. Pada asalnya kedai ni adalah warung yang meja dan kerusi adalah amat simple iaitu tempat masak kat tengah dan di sekeliling tempat masak tu dibuat ala-ala meja dan kerusi kayu di letak di sepanjangnya. Saiz kedai ni masa tu lebih kurang 10 X 10 kaki sahaja. Namun pada hari ini iaitu selepas lebih 10 tahun beroperasi kedai ni telah berubah wajah dari sebuah warung kecik kepada sebuah ala-ala restoran. Menu-menu yang disediakan adalah bermacam-macam dan kalau dicari kat kedai-kedai makan biasa memang payah nak jumpalah. Walau bagaimanapun, menu utama kedai ni bagi aku iaitu mee celup special dan coconut shake ice cream keladi masih lagi sama special seperti dulu lagi.

Inilah contoh seorang usahawan yang berjaya yang mana berdasarkan prestasi lepas kedai ini telah memenuhi syarat-syarat asas seorang usahawan seperti berikut:-
  1. Berinovasi - Dari sudut menunya, firma telah menambah dari semasa ke semasa senarai produk yang ditawarkan. Dari sudut kedainya - rupa bentuk fizikal kedai telah berubah dari sebuah kedai warung simple kepada ala-ala restoran.
  2. Sistematik - Cara kendalian order dan penerimaan bayaran adalah sistematik. Order dan makanan diserve dengan cepat dan sistem pembayaran adalah berdasarkan nombor meja.
  3. Layanan- Layanan yang dibuat adalah baik di mana senyuman dan komunikasi adalah memuaskan.
  4. Sustainability - Kedai ini mempunyai ketahanan dengan tempoh bertahan selama lebih 10 tahun.
  5. Consistency - mutu kesedapan makanan adalah kekal walaupun masa dan keadaan telah berubah.
Bagi aku kedai ini mempunyai potensi untuk dimajukan lebih jauh daripada apa yang dicapai masakini........

Kesan Kenaikan Petrol

Dah 2 hari dah saya duk nak blogging pasal isu kenaikan petrol atas SME.

Secara umumya kenaikan ini akan memberi kesan langsung secara global kepada semua jenis perniagaan, tidak kira ianya industri pengangkutan, pembuatan ataupun perkhidmatan. Industri pengangkutan sememangnyalah sebab petrol/diesel adalah 'heart beap' yg menggerakkannya. Manakala industri pembuatan adalah kerana kenaikan petroleum akan menjadikan naiknya tarif elektrik. Tanpa elektrik mesin2 di kilang jawabnya x berjalanlah. Manakala industri perkhidmatan adalah yg paling kurang terasa namun lain2 kos akan turut tertarik oleh kenaikan petrol ini.

Berdasarkan pengalaman lepas kenaikan kos pengeluaran/perkhidmatan ini tidak akan ditanggung sendiri oleh peniaga SME, biasanya mereka akan transfer problem ini kepada pengguna akhir, itupun kalau pelanggan SME adalah open market. Kalau tidak syarikat terpaksa membuat beberapa perancangan lain seperti apply for Variation Order, kalau x lepas terpaksalah reduce cost dan kalau x dpt jgk, terpaksalah absorpt masalah tu dan berhenti berniaga.

Bagi yg open market keadaan ini akan menyebabkan pengguna akhir (kita lah tu) terpaksa tanggung harga yg mahal. Itu bg yg mampu, kalau yg x mampu terpaksalah berputih mata aje. Keadaan ini akan tidak menggalakkan apa2 industri sekalipun, masyarakat yg sudah miskin akan jd lebih miskin dan yg kaya akan jadi turut miskin.

Dalam keadaan begini, ada pulak yg cuba ambik kesempatan,terutama peniaga makanan. Tuduhan saya ini bukan khusus utk semua tapi untuk beberapa keratlah.

Janganlah kenaikan harga petrol menyebabkan harga satu barang dijual dengan harga yg jauh lebih besar rationya. X kanlah petrol naik 78 sen harga nasi lemak pun naik 80 sen. Ini namanya ambik kesempatan.

Jadi berbanyaklah kita berdoa agar harga petrol turun dan harga barang2 lain pun turut turun insya Allah...